Pages

Firman Allah S.W.T.

"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah s.w.t mengampuni semua dosa-dosa dan sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ( az-Zumar: 39:53 )

Wednesday, June 9, 2010

Hayatilah Dan Bacalah..



TUNDUKKAN HATI…


(Rahsia keikhlasan Hidup di Dunia Fana )

“Setiap manusia memiliki hawa nafsu dan akal fikiran.
Itulah yang membezakan manusia dengan haiwan,
yanghanya memiliki hawa nafsu. Akan tetapi,
perbuatan menurut hawa nafsu boleh menyebabkan manusia berada dalam
 kesesatan”.

Hayati dan renungilah pengajaran ini….

           Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya maka pergilah lelaki itu untuk bersamanya. Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur , maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pn menyahut , “Lihat, apakah orang-orang telah tidur semuanya ?”

          Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan . Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak . Setelah jelas semua orang telah tidur , segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata , “benar semua orang telah tidur”.

         Lalu wanita itu bertanya , “ Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini , Dia juga tidur ?”

         Lelaki itu menjawab, Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur ” .

         Wanita itu lalu berkata, “sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita . Oleh kerananya, Dia lebih berhak kita takuti.”

           Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah. Dia segera pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?’

           Lelaki itu menjawab, “ Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku.”

          Dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub (karangan Iman al-Ghazali, muka surat 7)…

          Inilah dia maksud bergerak kepada Tundukkan Hati . Coretan yang cuba membelek keikhlasan kita ini , sebenarnya cuba menyemak sebuah kesan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambahan .
Semoga kita semua termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang taat mengabdi . Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-baiyyinah ayat 8:

    “ Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada-Nya ”

0 ulasan:

Post a Comment

 
Powered by Blogger