Abdullah bin Omar berkata:
“ Rasulullah SAW tidur di atas tikar ,lalu bangun dan didapati ada kesan pada belikat baginda. Lalu kami berkata: ‘Wahai Rasulullah SAW, sekiranya kami sediakan untuk tuan sebuah tilam’ .Lalu baginda bersabda: “ Tidak ada apa bagiku dan bagi dunia ini melainkan seperti orang sedang bermusafir yang berteduh di bawah pokok kemudian berehat. Dan lepas itu, meninggalkan pokok itu”.
( sunan at-Tirmidzi : 2299)
Kehidupan fana di dunia ini seumpama meniti sebuah jambatan. Ia adalah jambatan yang hadir di sebahagian perjalanan seseorang manusia menuju destinasi abadi, iaitu akhirat. Ini bermakna hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternokhtah tatkala nyawa terpisah dari jasad .
Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula. Alam barzakh menjadi ganti kepada alam dunia dan seterusnya akhirat menjadi destinasi terakhir bagi seseorang manusia. Di situlah noktah sebenar kembara seorang manusia. Oleh yang demikian, setiap apa yang dilalui dan dilakukan oleh seseorang manusia semasa hayatnya di dunia yang fana ini, akan tetap memberi kesan kepada kehidupannya di akhirat nanti .
Hadis di atas jelas menggambarkan tautan antara hidup di dunia dengan kehidupan akhirat yang bakal ditempuhi oleh setiap insan. Hadis ini juga bertujuan membetulkan fahaman sesetengah umat islam yang menolak harta dunia, sedangkan tidang semua urusan dunia itu membawa keburukan kepada umat. Jika setiap urusan dunia dilakukan mengikut cara yang halal dan disertakan dengan niat yang betul, pasti usaha barakah Allah swt akan mengiringi setiap usaha itu.
Bahkan, setiap usaha itu bukan sekadar meranumkan kejayaan di dunia, tetapi juga membuahkan ganjaran yang lebih besar tatkala akhirat menjadi laman kehidupan kita. Jika harta dicari dengan niat supaya mereka tidak perlu meminta-minta kepada sesiapa, Allah swt akan memberkati niatnya itu. Redha Allah akan sentisa mengiringi setiap usaha yang dilakukan andai ia bersulam nawaitu untuk membantu mereka yang memerlukan,
Namun andai usaha itu bertatahkan harapan untuk mendapatkan sanjungan sesama makhluk, lantas melahirkan rasa megah di sanubari lantaran pujian daripada manusia lain, maka celakalah yang menanti di akhirat nanti.Setiap usaha yang bersandarkan kemegahan duniawi akan mengundang murka Allah swt lantas menjanjikan balasan celaka di akhirat kelak.
Firman Allah swt:
“ Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masu ke dalam kubur. Sekali-kali tidak ! Kelak kamu akan mengetahui ( akibat perbuatanmu itu ),Kemudian sekali-kali tidak ! Kelak kamu akan mengetahui.Sekali-kali tidak ! Sekiranya kamu mengetahuinya dengan pasti, nescaya kamu benar-benar akan melihat nreraka jahim, kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari iti tentang kenikmatan ( yang megah didunia itu )”.
( At-Takathur : 102 :1-8 )
Kalam Allah s.w.t di atas peringatan penting buat sekalian manusia khususnya kepada mereka yang mencari harta kejayaan dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang mereka miliki.Mereka lupa betapa setiap yang mereka miliki itu adalah kurnian Allah s.w.t yang seharusnya disyukuri, bukan dimegahkan dengan rasa takbur. Mereka juga lupa betapa segala kurniaan itu juga adalah suatu ujian yang diturunkan Allah s.w.r bagi menguji keimanan penerimanya. Bahkan ia juga ujian untuk menguji sama ada mereka mampu memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan atau akan hanyut dalam nikmat duniawi yang fana yang kelak akan mencampakkan mereka kedalam api neraka jahanam.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Jika engkau melihat Allah S.W.T memberi (harta) duniawi kepada seseorang hamba di atas perbuatan maksiat yang dia sukai , itu adalah istidraj (tipuan yang memperdayakan)”.
( Musnad Ahmad:16673 )
Titip pesan Rasulullah S.A.W ini adalah wasiat penting untuk setiap manusia. Ia lahir daripada kasih sayang yang dimanisfestasikan baginda demi melihat umatnya sentiasa dinaungi redha Allah S.W.T lantas terhijab daripada murka Yang Maha Esa. Betapa nyali kasih saying baginda sentiasa menumpahkan pesan kepada kita untuk dikutip menjadi pedoman agar tidak terpedaya dengan tipu daya yang akan menyeret kita ke lembah kemurkaan-Nya.
Pesanan Rasulullah S.A.W ini menitipkan betapa orang yang banyak harta, bergantung kepada dunia yang fana, andai tidak disertakan dengan keimanan yang ampuh akan dapat memalingkan dirinya daripada beribadah dan melaksanakan kewajipan yang ditetapkan kepada dirinya dengan sempurna. Walha, harta kekayaan yang halal dan segala kurniaan Allah S.W.T kepada manusia itu boleh saja menjadi jambatan emas untuk kita mendekatkan diri dan meraih sebanyak mungkin redha-Nya. Asal sahaja kita sentiasa mencicipkan dengan rasa syukur lantas menggunakannya ke jalan yang benar, serta menjadikannaya sebagai sebahagian daripada ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Yahya bin Muaz berkata:
“ Aku sama sekali tidak memerintahkan mu untuk meninggalkan dunia tetapi aku memerintahkanmu supaya meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. Sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah lebih penting daripada sebuah keutamaan (yang sifatnya tidak wajib)”.
Sangat jelas balasan Allah S.W.T kepada mereka yang ingin berbuat demikian. Balasan yang sangat pedih menunggu mereka yang terpaling wajahnya daripada menghadap-Nya lantaran terpedaya dengan muslihat kekayaan dan habuan duniawi. Neraka Jahim menunggu mereka untuk diabadikan sebagai penghuninya. Dan sesungguhnya itulah tempat selayaknya bagi mereka yang suka bermegah-megah dengan harta dunia yang dimiliki.
Jika seseorang itu menembak harta semata-mata untuk kepentingan dunia, dia sesungguhnya tergolong sebagai hamba kepada dunia, sekalipun hata yang dicarinya itu adalah hata yang halal. Hal sebegini biasa terjadi apabila seseorang itu lebih menumpukan sepenuh perhatian, masa dan tenaganya untuk mengumpul harta, tanpa mempedulikan amal ibadahnya kepada Allah S.W.T.
Apabila dia kembali kepada Allah S.W.T kelak, kembalinya dia dalam keadaan tanpa keredhaan Allah S.W.T. Mereka ini adalah golongan yang telah banyak mensia-siakan masa yang dimiliki. Lantaran setiap detik hidupnya hanya menumpukan perhatian untuk mengumpul sebanyak mungkin harta dunia sehingga lupa pada tanggungjawabnya yang hakiki sebagai hamba Allah S.W.T maka ladang dunia tidak mampu menjanjikan tuaian emas di akhirat kelak.
Sesiapa yang mencari dunia untuk dunia, dia hanya akan mendapat dunia. Jiwa mereka juga akan keresahan apabila apa yang dihajati tidak tercapai.
Gulana rasa akan menyelubungi hidup mereka lantaran tidak akan berpuas hati dengan apa yan g ada, malah akan sentiasa merasa apa yang dimiliki tidak mencukupi. Lebih malang, usaha mereka tidak akan terhitung sebagai amal jariah yang layak menerima ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T. Di saat dia meninggalkan segala kefanaan dunia itu lewat hembusan nafas yang terakhir, detik-detik yang menakutkan jualah yang akan dilaluinya.
Sebaliknya bagi mereka yang mecari dunia dengan harapan untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak , mereka akan sentiasa redha dengan apa yang dikurniakan . Mereka akan sentisa merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dengan apa yang diperolehi dan sentiasa merasa cukup dengan kurnia dan rezeki yang dianugerahkan . Hati akan sentisa tenang dan terhindar daripada resah memikirkan dunia. Segala usaha mereka akan dihitung sebagai amal jariah dan ibadah yang akan dibalas dengan pahala. Bahkan , mereka ini,mereka ini bakal menempuhi detik perpisahan dengan dunia dalam keadaan yang sejahtera. Justeru, hendaklah kita sentiasa menginsafi betapa segala apa yang ada di atas muka bumi ini adalah bakal menempuhi detik perpisahan dengan dunia dalam keadaan yang sejahtera.hak mutlak
“ Aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia, tetapi aku memerintahkanmu supaya meninggalkan dosa-dosa”
Allah s.w.t. Ia bukan hak mutlak manusia , melainkan sekadar dipinjamkan kepada kita untuk membolehkan kita merencanakan kejayaan yang lebih besar di akhirat kelak. Harta dan habuan dunia adalah amanah Allah s.w.t kepada manusia. Lantaran itu , ia perlu dikongsikan bersama-sama mereka yang memerlukan.
Lantaran pemilik hakiki adalah Allah s.w.t dan manusia hanya sekadar menerima pinjaman sementara daripada pemiliknya , maka amat perlu bagi manusia sentiasa bermuhasabah dan memastikan agar :
Mencari dan mendapatkannya dengan cara yang halal.
Memasang niat yang baik ketika mencari harta :
* Dengan tujuan supaya tidak meminta- minta daripada orang lain ,
* Dengan tujuan untuk menyara leluarga ,
* Dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan .
Jika semua ini dapat dipasungkan dalam diri tatkala menembak harta dan habuan duniawi , di akhirat kelak , mereka pasti menjadi tetamu Allah s.w.t yang dialu-alukan . Mereka pasti menemui Allah s.w.t dalam keadaan Dia redha kepadanya . Wajahnya berseri-seri seperti bulan purnama. Ini kerana dia telah menjaga amanah yang Allah s.w.t serahkan kepadanya semasa dia hidup di dunia dengan sebaik-baiknya di samping menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Misalnya , dalam konteks seorang suami , dia bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara keluarganya.Sebagai seorang suami yang beriman dan sedar akan amanah yang dipikulnya , dia akan memastikan setiap keperluan keluarganya seperti makanan dan minuman yang dicicip keluarganya adalah daripada sumber-sumber yang halal. Bagi memastikan rezeki yang diperoleh datangnya daripada sumber yang halal maka segenap tindak cara dalam pencarian rezeki yang diusahakan adalah mengikut lunas dan piawaian halal yang telah ditetapkan Allah s.w.t . Bukan setakat halal mengikut undang-undang penguasa dunia , bahkan yang lebih diutamakan adalah halal pada pandangan pengusaha sekalian alam ini, iaitu Allah s.w.t. Bahkan jauh sekali dengan cara yang salah seperti menipu , mencuri , menerima rasuah dan sebagainya.
Seorang suami dan ayah yang beriman , akan memastikan keluarganya tidak meneruskan hidup dengan sumber-sumber yang haram. Lantaran mereka yang hidup dengan sumber-sumber haram , tidak akan tenteram dunia dan akhirat. Natijah haramnya sumber rezeki yang disuapkan ke mulut keluarganya akan ditunjukkan Allah s.w.t semasa didunia ini lagi. Misalnya , akhlak anak-anak yang membesar daripada suapan rezeki yang haram tidak akan sehebat akhlak anak-anak yang membesar daripada sumber yang halal. Malah , lebih dahsyat lagi natijah di akhirat pasti tidak akan tertanggung oleh mereka yang menembak harta dan habuan duniawi dari kantung-kantung yang haram.
Di samping itu , redha Allah s.w.t pasti akan mengiringi kembara hidupnya andai setiap usaha mencari rezeki itu disulam dengan niat yang ikhlas dan bernawaitu LilLahi taala. Jika dia mencari dunia dengan niat menunaikan amanah Allah s.w.t serta tidak mahu anak isterinya meminta-minta daripada orang lain untuk makan dan minum , Allah s.w.t pasti akan memberkati usahanya itu. Allah s.w.t akan redha dengannya. Dan setiap usaha itu akan dihitung sebagai amal jariah yang akan diganjarkan pahala .
Begitu juga jika di sudut hatinya terpasung niat untuk membantu jiran tetangganya dengan rezeki diperolehnya. Niat seumpama itu pasti akan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah s.w.t . Seseorang yang benar-benar beriman tidak akan tidur lena selagi jirannya kelaparan . Kebimbangan terhadap laknat dan murka Allah s.w.t pasti menggundahkan hatinya. Allah s.w.t melaknati hamba-Nya yang tidur kekenyangan sedangkan jiran terdekatnya kelaparan .
Malah Rasulullah s.a.w sendiri telah menukilkan pesan yang keras terhadap mereka yang terlepas pandang kepada jiran mereka yang dirundung malang. Sabda baginda :
“ Bukanlah daripada kalangan orang yang beriman , apabila dia dalam keadaan kekenyangan , sedangkan jirannya dalam keadaan kelaparan”.
( Al-Mukjam Al-Kabir : 750 )
Justeru, perihal menembak harta dan habuan dunia amat diambil berat oleh para sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w.Mereka begitu memperhatikan setiap amaran Allah s.w.t dalam hal mencari kekayaan dunia.Pesan Rasulullah s.a.w juga sentisa menjadi pedoman demi memastikan setiap rezeki yang mereka peroleh tidak bisa memalingkan hati mereka daripada Allah s.w.t.Jerat tipu daya dunia sentiasa diawasi,kerana telah mereka abadikan setiap denyut nafas kehidupan mereka untuk mencari keredhaan Allah s.w.t demi memastikan laman kehidupan akhirat kelak terhindar daripada nyalaan api neraka.
Akan tetapi,ini bukan bermakna para sahabat Radhiyallah hu anhu menolak dunia.
Tidak sesekali mereka meminggirkan dunia lantaran keasyikan memburu akhirat.Sebaliknya, mereka memastikan dunia menjadi ladang nan subur agar di akhirat nantibisa mereka tuai hasil yang penuh nikmat.Hakikat kesinambungan hidup antara dunia dan akhirat sentiasa mereka hayati.
Lantas dunia di kiri dan akhirat di kanan, kedua-duanya dikendong tanpa terlepas.
Buktinya, ramai sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w adalah hartawan.Namun, kekayaan dunia tidak pernah melalaikan mereka.Habuan dunia sedikitpun tidak mampu menghanyutkan mereka di lautan alpa.Sebaliknya, mereka sangat zuhud dan tidak mengumpul kekayaan dengan niat untuk bermegah-megah.Sebaliknya harta yang mereka miliki itu digunakan mengikut apa yang disarankan Rasulullah s.a.w dan juga yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Mereka mengabadikan harta dan kekayaan dunia untuk menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan dalam masa yang sama menginfakan harta mereka kepada perjuangan menegakkan islam.
Bahkan apa yang mereka miliki turut dapat dinikmati oleh umat islam lain yang memerlukan.
Sahabat-sahabat baginda seperti Uthan bin Affan, Abdul Rahman bin Auf serta ramai lagi adalah antara contoh terbaik umat islam yang zuhud dan tidak pernah terjerat dengan tipu daya harta dunia.
Mereka tidak pernah berbangga dengan harta yang mereka miliki,
malah mereka sangup mengeluarkan apa sahaja harta yang mereka miliki untuk kepentingan umat islam.
Semua ini berlaku lantaran keimanan mereka serta keyakinan terhadap janji-janji Allah s.w.t.
Dan segalanya itu bertitik tolak daripada keampuhan akidah mereka.
Menginsafi betapa setiap yang mereka lakukan di atas muka bumi ini terhintung dalam
lingkaran ‘pahala-dosa’ yang menjadi penentu kehidupan akhirat kelak,
maka mereka tidak pernah lokek untuk mengembalikan pemberian Allah s.w.t
kepada pihak yang memerlukan.
Bahkan disisi mereka tiada yang lebih bermakna dan berharga selain daripada menginfakan
segala harta dan kekayaan dunia yang dianugerahkan Allah s.w.t ke jalan-jalan yang mampu
membawa mereka untuk meraih keredhaan Yang Maha Esa.
Ini kerana, mereka yakin betapa keredhaan Allah s.w.t itu akan menukilkan nama-nama mereka
dipintu syurga dan terhindar daripada menjadi habuan api neraka.
‘ Aun bin Abdullah berkata :
“ Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.
Jika salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan ”.
( Tazkiyatun Nufus :129 )
Justeru , setiap manusia wajib menginsafi betapa dunia dan akhirat tidak terpisah kehidupannya.Biarpun zahirnya dunia dan akhirat adalah alam yang berbeza, tetapi kesinambungannya tetap wujud.Tidak sesekali apa yang dilakukan di dunia ini terlepas daripada perhintungan yang bakal menentukan baik atau buruknya kehidupan seseorang itu di akhirat yang abadi.Sebaliknya, apa yang dilakukan di dunia ini akan menjadi penentu kepada apa yang bakal dilalui oleh seseorang itu di akhirat.
Dunia umpama sebuah plot drama yang akan dinilai oleh juri paling agung iaitu Allah s.w.t.
Lantas penilaian itu kelak akan menentukan anugerah yang bakal diraih oleh penulis plot drama tersebut.Menjulang kejayaan atau menangisi kegagalan,segalanya ditentukan oleh lakaran plot yang ditulis di dunia ini.
Andai seseorang itu menganggap betapa dunia adalah pentas untuk mencicip nikmat tanpa perlu mempedulikan akhirat, maka celakalah yang bakal menanti mereka.Sebaliknya, berjayalah mereka andai menggunakan segenap ruang pentas dunia ini untuk meraih keredhaan Allah s.w.t kerana janji-Nya sentisa benar.Syurga jua tempat bersemayam yang abadi bagi mereka yangt mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Justeru nikmatilah dunia untuk kejayaan akhirat.Itulah sebenarnya hakikat kehadiran setiap manusia di dunia ini.Dan jangan sesekali akhirat dilupakan.Ambilah dunia, nikmatilah dunia sehendaknya tetapi jangan sesekali melupakan akhirat. Seiringkan kedua-duanya dalam roh dan jasad kerana itulah yang sebaik-baiknya bagi mereka yang inginkan kejayaan di dunia dan akhirat sebagaimana yang sering dimunajatkan dalam doa yang berbunyi : “ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat dan jauhilah aku daripada azab api neraka”.
Abu Darda’ pernah berkata :
“ Sesiapa yang tidak merasa cukup dengan dunia, dia tidak akan memiliki dunia itu sama sekali ”.
( Hidayatul Auliyaa’ )
Wednesday, June 9, 2010
Hayatilah Dan Bacalah..
TUNDUKKAN HATI…
(Rahsia keikhlasan Hidup di Dunia Fana )
“Setiap manusia memiliki hawa nafsu dan akal fikiran.
Itulah yang membezakan manusia dengan haiwan,
yanghanya memiliki hawa nafsu. Akan tetapi,
perbuatan menurut hawa nafsu boleh menyebabkan manusia berada dalam
kesesatan”.
Hayati dan renungilah pengajaran ini….
Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya maka pergilah lelaki itu untuk bersamanya. Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur , maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pn menyahut , “Lihat, apakah orang-orang telah tidur semuanya ?”
Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan . Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak . Setelah jelas semua orang telah tidur , segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata , “benar semua orang telah tidur”.
Lalu wanita itu bertanya , “ Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini , Dia juga tidur ?”
Lelaki itu menjawab, Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur ” .
Wanita itu lalu berkata, “sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita . Oleh kerananya, Dia lebih berhak kita takuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah. Dia segera pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?’
Lelaki itu menjawab, “ Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku.”
Dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub (karangan Iman al-Ghazali, muka surat 7)…
Inilah dia maksud bergerak kepada Tundukkan Hati . Coretan yang cuba membelek keikhlasan kita ini , sebenarnya cuba menyemak sebuah kesan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambahan .
Semoga kita semua termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang taat mengabdi . Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-baiyyinah ayat 8:
“ Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada-Nya ”

