Ya ALLAH…
aku rindu untuk bercinta denganMU ya ALLAH…
aku lalai untuk sujud dan bersama-samaMU pada 1/3 malam…
tapi knapa aku selalu alpa mengingatimu…
Selalu jua aku menangis saat mengingati kealpaanku,..
namun selepas itu…
aku masih melupakanMU dan begitu berat untuk aku bersama-samaMU lagi…
Ya ALLAH…
aku malu untuk menghadapMU…
aku selalu membandingkan nikmat yang aku kecapi
dengan nikmat yang KAU berikan kepada hamba-hambaMU yang lain,
padahal mereka selalu melupakanMU,..
sedangkan aku yang menjaga hubunganku denganMU,..
sering diampit dosa-dosa,..
walaupun aku begini dan selalu melupakanMU,
kau masih tetap memimpinku dan mencintai
aku yang lemah ini…
Ya RAHMAN…
terlalu banyak kau mendugaku,
namun KAU tetap juga menyediakan ketabahan buatku…
hikmah yang KAU berikan juga melebihi dugaan yang kau beri…
Aku malu ya ALLAH…
Kerana fitrahku menangis saat menghadapi dugaanMU yang sedikit itu…
Sedangkan aku tahu KAU sentiasa memberi yang terbaik untukku…
Ya RAHIM…
tidak terungkap terima kasihku padaMU,
kerana terlalu banyak nikmatMU padaku..
namun terlalu sedikit ku bersyukur ya ALLAH..
KAU selalu ada saat hatiku menangis kesedihan kerana sendirian..
KAU tetap ada menemaniku Dan memujukku
dengan kitab suci AL-QURAN…
Ya ALLAH…
Syukurku kepadaMU kerana telah kau sedarkan aku
untuk kembali kejalanMU yang lurus…
janganlah kau pesongkan aku lagi ya ALLAH..
jika kau ambil nyawaku yang juga milikmu ini,
ambillah di saat aku mengingatimu dan dalam keimanan,,..
jangan biarkan aku alpa dalam rimba dunia yang menguji ini ya ALLAH..
jangan biarkan aku alpa terhadapMU..
kerana aku…
hanya tahu cintaMU yang abadi selamanya..
dan aku ingin lagi untuk bercinta dan bersama-sama denganMU…


0 ulasan:
Post a Comment